1.0
DEFINISI
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan Bantu Mengajar
(BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tidak hanya terhad kepada buku-buku teks dan buku latihan sahaja,
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan pelajar dalam pengajaran yang
melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya.
Bahan bantu mengajar ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu
mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar berbentuk elektronik dan bahan
bantu mengajar yang bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam
sekitar.
Bahan
Bantu Mengajar bukan elektronik merupakan bahan yang asal seperti papan tulteks dan papan pamer. Bahan bantu mengajar bukan elektronik sebenarnya
merupakan salah satu BBM yang paling banyak dan paling mudah dibawa. Bahan
Bantu Mengajar tersebut seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran,
gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah,
nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan,
kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti
shahibba, carta dan sebagainya. Manakala bahan bantu mengajar berbentuk
eleotronik ialah Seperti filem
tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita
rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat
audio, komputer, internet dan disket computer. Akhir sekali ialah bahan
bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan,
pantomin, lawatan dan projek pameran.
Bahan bantu
mengajar adalah salah satu faktor yang menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantu mengajar ini memberikan rangsangan kepada para
pelajar untuk lebih bersemangat dan teruja mengetahui sesuatu perkara dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar PdP menjadi satu proses yang menarik
dan tidak membosankan pelajar. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1982:2) , alat
bantu mengajar mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
PdP. Ia bertujuan untuk melancarkan proses PdP (pengajaran dan pembelajaran)
serta hubungan antara guru dan murid di samping mempercepatkan proses pemahaman
pelajar terhadap pembelajaran pada hari itu.
Matlamat
di atas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Hal ini demikian
kerana, ia memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah
pihak iaitu guru dan pejar itu sendiri. Bahan bantu mengajar yang kreatif,
cantik dan menarik dapat membantu keberkesanan proses pembelajaran di bilik
darjah.
2.0 JENIS-JENIS
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan
Bantu Mengajar ataupun lebih dikenali sebagai BBM mempunyai peranan yang sangat
penting untuk seorang guru gunakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam
PdP seseorang guru yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan peyampaian
isi pelajaran. Penggunaan BBM yang menarik dan terbaru dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang seronok serta berkesan. Bahan bantu mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu dan digunakan. Bahan bantu mengajar ini mempunyai
tiga kategori iaitu
- Bahan
bantu mengajar bukan elektronik
- Bahan
bantu mengajar berbentuk elektronik
- Bahan
bantu mengajar bercorak pengalaman
Manakala
jenis bahan bantu mengajar terdapat dua iaitu Tradisional dan Moden. Bahan
bantu mengajar tradisional adalah
seperti :
- Papan hitam atau papan
putih
- Kertas Mahjong
- Kad manila
- Konkrit (3 Dimensi)
-
Bahan bacaan (Buku,
Majalah, Surat Khabar dan sebagainya)
Moden
:
i.
Elektronik (Radio,
Televisyen dan sebagainya)
ii.
Komputer (Teknologi
Maklumat)
iii.
Buku Elektronik (Flip Book,
E-Book)
iv.
Powerpoint dan Prezi
v.
Video
vi.
Website (Blogspot,
WordPress)
2.1
Bahan
Bantu Mengajar Bukan Elektronik
i.
Papan tulis atau papan
putih, merupakan bahan asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga diguakan untuk mencatat isi-isi pelajaran
ketika mengajar.
ii.
Buku teks,
adalah hasil khusus oleh beberapa penulis. Buku teks digunakan secara meluas
dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan.
iii.
Papan pamer
juga dikenali sebagai papan buletin yang merupakan sumber pengajaran yang
produktif. Papan pamer dapat memperkenalkan idea baharu, memberi maklumat,
memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan,
menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah
pengekalan pembelajaran.
iv.
Fail tegak dan bahan
bacaan, adalah terdiri daripada bahan-bahan
bercetak iaitu bahan bacaan bukan buku. Sebagai contoh majalah, calendar,
poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta, peta, gambar skrip
dan lain-lain. Fail tegak boleh disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet
fail. Bukan itu sahaja, fail tegak juga dapat menambah dan mempelbagaikan
bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik
darjah.
v.
Gambar
pula digunakan untuk memulakan pengajaran bagi menarik minay pelajar ataupun
jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
vi.
Kad imbasan atau kad
cantuman, terdiri daripada kata-kata atau
rangkai kata. Kad imbasan adalah bertujuan untuk memperkenalkan
perkataan-perkataan baharu, namun hanya sesuai kepada pelajar-pelajar peringkat
rendah.
vii.
Carta,
merupakan maklumat sistematik yang mengandungi huruf, angka, gambar, jadual,
gambar rajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata dan lukisan. Terdapat
beberapa jenis carta yag digunakan dalam bilik darjah seperti carta flip, carta
pusing, carta aliran, carta graf dan carta pai.
viii.
Grafik
merupakan bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu
atau lebih keterangan visual.grafik juga dapat meningkatkan prestasi pengajaran
dan pemahaman pelajarannya.
ix.
Model
adalah bahan gentian yang menyerupai bahan sebenar dan bahan tiga dimensi yang
mewakili bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi. Model boleh diperbuat
daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster.
x. Boneka,
adalah berbentuk seperti orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Boneka
digunakan dalam pengajaran bercerita atau berdialog. Boneka juga boleh
diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman.
xi.
Diorama merupakan reka
bentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan pada satu
susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan
dalam persembahan tiga dimensi.
2.2
Bahan Bantu Mengajar berbentuk elektronik
i.
Overhead Projector
(OHP) digunakan untuk penyampaian taklimat
dan pengajaran kaedah kuliah. Jumlah dan mutu maklumat yang ditulis sangat
mempengaruhi keberkesanan trasperansi.
ii.
Trasparensi
dilakukan melalui beberapa kaedah seperti kaedah tetingkap, kaedah singkapan,
kaedah tindihan, kaedah pusing, kaedah urutan dan kaedah tampalan. Trasparansi
boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik
perhatian.
iii.
Pita slaid
adalah sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif
berukuran kecil. Ia juga sering digunakan dalam pengajaran sains terutamanya
dalam mata pelajaran Biologi. Pita slaid dapat menggambarkan keadaan sebenar
dan membawa situasi luar ke dalam kelas.
iv.
Radio
sesuai untuk pengajaran bahasa. Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut
sukatan pelajaran boleh digunakan.
v.
Televisyen dan VCR
pula dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar.
Televisyen juga dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan.
vi.
Filem tayangan atau
filem jalur dapat memberi pandangan yang jelas
mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran. Bahan
tayangan boleh berbentuk cerita, lakonan ataupun berbentuk dokumentari.
vii.
Komputer
boleh diprogramkan untuk mengajar yang dapat menggabungkan teks, suara, muzik,
grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
2.3 Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman dan
bahan sebenar dari alam sekitar
Bahan-bahan
bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, lawatan, pantomin dan projek
pameran. Melalui aktiviti tersebut guru dapat mengekalkan keberkesanan
pengetahuan dan pemahaman kerana penglibatan pelajar-pelajar secara langsung.
Penggunaan bahan daripada alam sekitar atau ‘relia’ yang dikelaskan sebagai
bahan tiga dimensi. Relia terbahagi kepada beberapa kelompok, iaitu :
i.
Bahan bukan hidup
seperti batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii.
Bahan buatan seperti
kerusi, jam, permainan dan sebagainya
iii.
Tumbuhan seperti
rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv.
Benda hidup seperti
ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya
Kelebihan
daripada penggunaan bahan relia ini adalah pelajar dapat melihat secara nyata
dan semula jadi.
3.0
KEBAIKAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan
bantuan mengajar sememangnya amat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara kebaikan yang
diperoleh dengan menggunakan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah ia dapat memudahkan
pelajar memahami sesuatu konsep yang hendak dijelaskan dalam proses pengajaran.
Bahan bantu mengajar merupakan instrument penting dalam mempertingkatkan
pemahaman pelajar terutama pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek. Seterusnya,
bahan bantu mengajar juga memainkan peranan dalam menarik minat pelajar untuk
mempelajari sesuatu subjek. Hal ini demikian kerana, bahan bantu mengajar
tersebut dapat merangsang daya pemikiran pelajar.
Mutu
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar juga dapat
dipertingkat menerusi alat bahan bantu mengajar yang kreatif. Noor Azlan dan
Nurdalina (2010) juga berpendapat bahawa bahan bantu mengajar dapat
menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa brubah mengikut
peredaran zaman. Perkara ini dapat dilihat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seorang guru. Oleh itu, setiap guru perlulah mempunyai kemahiran
dalam menggunakan bahan bantu mengajar agar kesan yang terbaik dalam mutu
pengajaran guru tentang pemahaman sesuatu konsep dapat diwujudkan. Menurut Finkbeiner (2001), terdapat tiga
komponen utama yang harus ada dalam pengajaran bahasa yang berbantukan BBM
iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran.
Di
samping itu, penggunaan bahan bantuan mengajar dapat mencetuskan minat pelajar
kerana ia cukup merupakan sesuatu yang kreatif dan menjadi penggalak dalam
penyampaian pelajaran. Noor Azlan dan Nuradlina (2010) menyatakan jika bahan
bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberikan penerangan, maka
pengajaran tersebut akan mencetuskan minat pelajar dalam proses pembelajaran.
Bahan bantu mengajar juga dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Norma (2004) juga berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat mendorong minat pelajar untuk melalui proses
pembelajaran yang menyeronokkan. Sekiranya pembelajaran ini dapat berjalan
dengan lancar, sudah pasti objektif pembelajaran seperti yang dirancang akan
dicapai oleh setiap guru
Penggunaan
bahan bantuan mengajar juga bukan sahaja digunakn untuk menarik minat pelajar,
malahan turut dijadikan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan pembelajaran
yang menarik dan efektif. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar amat
penting dalam proses pengajaran kerana ia dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan cara mudah, cepat dan berkesan.
Seterusnya,
alat bantuan mengajar dapat memberi manfaat dari aspek pengalaman pancaindera.
Norma (2004) menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan melalui pelbagai deria seperti
deria penglihatan, deria pendengaran dan deria sentuh. Saridah (2006) pula
menyatakan bahan bantu mengajar bagi sesuatu subjek seperti perisian multimedia
dapatmenyokong pembelajaran kendiri. Melalui perisian multimedia yang disediakan,
para pelajar dapat memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan
masing-masing. Mereka dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju
pembelajaran dengan kadar yang cepat. Bagi topik yang agak sukar difahami pula,
pelajar dapat mengulangi proses pembelajaran berkenaan topik tersebut secara
berulang kali.
Rohana
Zubir (1987) mengatakan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat
menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang kerap digunakan dapat meningkatkan prestasi pelajar seterusnya
meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Bahan bantu mengajar juga dapat
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajran mereka
lebih kekal.
4.0
KELEMAHAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan
bantu mengajar (BBM) merupakan satu bahan yang digunakan oleh guru dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan
utama Bahan bantu mengajar (BBM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang
terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menyampaikan input
pembelajaran kepada pelajar dalam pelbagai kaedah dan teknik yang berkesan.
Meskipun
bahan bantu mengajar mempunyai manfaat dan kebaikan yang tersendiri kepada guru
dan pelajar, namun bahan bantuan mengajar (BBM) juga mempunyai kelemahan dan
keburukan terhadap beberapa perkara. Kelemahan BBM adalah disebakan beberapa
perkara yang mengakibatkan fungsi penggunaan BBM menjadi kurang berkesan.
Antaranya
ialah kurangnya kemahiran guru dalam memilih bahan bantu mengajar (BBM) yang
sesuai. Guru seharusnya lebih memahami dan menguasai teknik- teknik yang
digunakan dalam penghasilan alat bantu mengajar tersebut. Jika seseorang guru
kurang menguasai kemahiran memilih BBM, maka para pelajar pastinya sukar
mendapat input atau maklumat pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas.
Selain
itu, kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) yang seharusnya
dikendalikan oleh guru- guru. Sebagai contoh, kurangnya alat pelaksanaan, bahan
atau rujukan dalam penyediaan bahan mengajar. Kesukaran ini pastinya memberi
kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah kerana keperluan masa telah mempengaruhi guru dalam menyediakan BBM ini.
Akhir
sekali, faktor pelaksanaan yang tidak sistematik dan tidak dirancang secara
rapi oleh guru adalah antara kelemahan dalam penyediaan alat bantu mengajar.
Perkara yang seharusnya diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah
alat yang digunakan sebagai sokongan atau tambahan dalam sesi pembelajaran dan
bukan sebagai pengganti peranan guru sepenuhnya. Oleh itu, pelaksanaan BBM
perlu dikawal supaya tidak tertakluk hanya pada peranannya sahaja dan
mengurangkan tugas guru sebagai pelaksana BBM.
5.0
MENGAPA
BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN
Bahan
Bantu Mengajar ialah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses
pengajaran. Bahan mengajar ini tidak
terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat,
didengar, dipegang, dibaca, dihidu, dipegang dan sebagainya. Bahan mengajar
merupakan apa-apa sahaja yang dialami oleh murid. (Kamruddin Hj. Hussin, 1986).
Dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan, Bahan Bantu Mengajar
(BBM) amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat
berjalan dengan lancar. Hal ini demikian kerana isi pengajaran yang disampaikan
dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Berikut adalah antara tujuan dan sebab Bahan Bantu Mengajar diperlukan:
1. Mempertingkatkan
minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
2. Dapat
mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar
3. Murid
dapat memahami tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam.
4. Murid
dapat mengingati input yang diajar dengan jangka masa yang lebih lama.
5. Menimbulkan
perasaan seronok dalam diri pelajar dan menghilangkan perasaan jemu terhadap
pengajaran guru.
6. Bahan
yang dipersembahkan kepada murid dapat melahirkan dorongan gaya kreativiti
dalam guru dan juga kepada pelajar.
7. Dapat
menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran
8. Melahirkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Bahan
Bantu Mengajar (BBM) dapat meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana BBM yang dipersembahkan adalah dalam
bentuk yang ringkas dan menarik. Oleh itu, pelajar akan mudah tertarik dengan
pengajaran yang disampaikan dan seterusnya dapat meningkatkan minat murid dalam
proses PdP tersebut.
Tujuan
yang seterusnya ialah BBM dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar.
Hal ini demikian kerana BBM yang dipersembahkan dalam bentuk ‘PowerPoint’ akan
dapat membantu mengisi masa kelas yang ketiadaan guru. Contohnya, mata
pelajaran seperti Sains dalam bab-bab tertentu yang dibuat dalam bentuk
‘PowerPoint’ boleh ditunjukkan di dalam kelas. Dalam ‘PowerPoint’ itu juga,
guru harus memasukkan kerja-kerja yang murid harus lakukan. Secara tidak
langsung, kelas akan menjadi lebih terkawal kerana murid mempunyai sesuatu yang
perlu dilakukan.
Tujuan
yang seterusnya ialah murid dapat memahami tajuk dengan lebih mendalam. dengan
penggunaan BBM, murid dapat mengetahui fokus yang ingin disampaikan oleh guru.
Kemudian, mereka boleh memahami tajuk yang disampaikan dengan lebih mendalam.
BBM
juga membolehkan murid untuk mengingati input yang diajar dengan jangka masa
yang lebih lama. Hal ini demikian kerana otak manusia dapat menangkap imej atau
objek yang menarik dan berwarna-warni dan menyimpannya dengan lebih lama dari
yang biasa. Oleh itu, murid akan mengingati apa yang diajar dengan jangka masa
yang lebih lama. Mereka juga akan berasa seronok untuk belajar dan dapat
menghilangkan perasaan jemu terhadap pengajaran guru.
BBM
juga sering dipersembahkan dalam gaya yang menarik. Hal ini akan dapat membina
daya kreativiti dalam diri pelajar dan juga guru. Selain itu, Bjuga dapat
menjimatkan banyak masa berbanding cara pembelajaran biasa. Hal ini demikian
kerana satu topik itu dapat dipersembahkan dalam satu BM sahaja. Jadi, murid
akan cepat mempelajari dan memahami topik tersebut.
Akhirnya,
sebab BBM ini diperlukan adalah kerana BBM dapat menghasilkan dan memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan. Disebabkan murid cepat
menerima input yang diajar, keadaan proses ini juga kondusif dan selesa menyebabkan
murid lebih fokus dan proses PdP juga akan berjalan lancar.