KERTAS KERJA
PAMERAN INOVASI DAN
KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
8 Mei 2017
TEMPAT
TADAHAN UTARA 5
ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033)
Kumpulan B
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan
sumbangan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan
berikut:
- Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
- Untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dan peminjaman untuk mengadakan program ini.
- Untuk mendapatkan mata aktiviti pelajar “My Curriculum Activity Transcript” (MyCAT).
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas
BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu
pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk
bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas
bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian
tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea
yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia
sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
- Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif fan berinovasi.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
- Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
- Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
- Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
- Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif
dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah
terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri
peserta. Semangat kerjasama dan saling
membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin
dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin,
bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Pameran
Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan
Tarikh : 8 Mei
2017
Hari : Isnin
Tempat : Tadahan Utara 5,
UPSI
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 54 orang
pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca kumpulan B di bawah Fakulti Bahasa
dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
2.00 – 2.30 petang
|
Persiapan setiap kumpulan
|
2.30 - 3.00 petang
|
Ketibaan VIP
|
3.00 – 3.15 petang
|
Ucapan penyelaras
|
3.15 – 3.30 petang
|
Ucapan perasmian
|
3.30 – 4.00 petang
|
Lawatan VIP ke tapak pameran
|
3.30- 4.00 petang
|
Lawatan pemberian markah
|
4.00 – 5.00 petang
|
Lawatan tetamu lain
|
5.00 petang
|
Bersurai
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Puteri Najihah binti Zulkeffi
Timbalan Pengarah
Nur Atiqah binti Abdul Gani
Setiausaha
Nor Hafizah binti Hamzah
Penolong Setiausaha
Hazimah binti Hussin
Bendahari
Nur Shafika binti Mohd Rizam
Penolong Bendahari
Nur Syahirah binti Hassan
11.0 ANGGARAN
KEWANGAN
PENDAPATAN (A)
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
2
|
KUTIPAN
PELAJAR (RM6 X 6)
|
RM
36.00
|
JUMLAH PENDAPATAN
|
RM
36.00
|
PENDAPATAN
|
||||
BIL
|
PERKARA
|
PER (RM)
|
UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Paper Board
|
4.50
|
2
|
9.00
|
2
|
Polistene
|
1.50
|
1
|
1.50
|
3
|
Printing
|
4
|
3
|
12.00
|
4
|
Alat Tulis
|
13.50
|
1
|
13.50
|
Jumlah Keseluruhan : RM36.00
Baki : RM 0
12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang
berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar.
Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi
pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang
demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
No comments:
Post a Comment