animasi bergerak gif

Sunday, 21 May 2017

TEKNIK TINJAUAN

KAEDAH PELAKSANAAN ALAT BANTU MENGAJAR



Bagi penyediaan Bahan Bantu Mengajar, kami telah menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan adalah bertujuan untuk :
          i.            menyediakan pelajar dengan sistem pendekatan membaca bagi membuat semakan awal bab kandungan
        ii.            menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untuk digunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks.
Dari segi pelaksanaannya, teknik menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik dan merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R. Melalui penggunaan teknik ini secara kerap, seseorang guru boleh memandu pelajar memahami kepentingan melakukan semakan awal sebelum membaca sesebuah teks.
            Aukerman (1972) mencadangkan 6 langkah prosedur yang boleh digunakan jika kandungan buku teks disusun secara tradisi. Teknik ini akan menjadi lebih mudah jika kandungan bab dalam buku teks tersebut disusun mengikut urutan seperti yang berikut :

  •         Judul bab

  •         Pengenalan

  •        Tajuk utama dengan subtajuk

  •         Ringkasan

  •         Soalan-soalan reviu

  •         Latihan

Berdasarkan format di atas, guru boleh mengadaptasikan 6 langkah yang dicadangkan Aukerman dengan cara berikut :

o   Analisis Judul Bab
Setelah membaca teks bersama-sama dengan pelajar, guru boleh bertanyakan soalan kepada pelajar seperti :
                      i.            Apakah pendapat anda tentang perkara yang diceritakan oleh penulis?
                    ii.            Sejauh manakah anda telah mengetahui kandungan yang dibincangkan dalam topik ini?
                  iii.            Bagaimanakah kandungan bab ini berkaitan dengan bab yang telah kit abaca sebelum ini?
Aktiviti ini boleh disertai oleh semua pelajar, tanpa mengira tahap kebolehan membaca mereka.

o   Analisis Subtajuk
Guru akan mencatat semua subtajuk di papan putih atau menayangkannya untuk membantu pelajar memahami secara keseluruhan judul bab. Teknik ini sama dengan langkah dua dalam SQ3R, iaitu pelajar membentuk soalan. Pelajar dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan. Penukaran subtajuk dalam bentuk soalan ini lebih memudahkan pelajar untuk memahami tujuan spesifik pembacaan bagi setiap subtajuk tersebut. Contohnya, bagi tajuk “Kegunaan Air” ditukarkan kepada bentuk soalan menjadi “Apakah kegunaan air?”. Melalui soalan ini, pelajar menjadi lebih jelas tentang maklumat yang hendak dicari.

o   Analisis Visual
Biasanya maklumat dalam sesebuah bab boleh diperoleh dalam bentuk visual. Sebahagian murid tidak menghiraukan maklumat ini manakala sebahagiannya pula tidak memiliki kemahiran untuk menterjemahkan maklumat dalam bentuk visual. Langkah ini memberi peluang kepada guru untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang kepentingan maklumat visual. Kaedah yang biasa digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang sesebuah visual adalah melalui soalan.
 
o   Perenggan Pengenalan
Pelajar boleh diarahkan untuk membaca perenggan ini secara senyap sebelum guru dan pelajar melakukan perbincangan. Perbincangan ini sepatutnya bertumpu pada bagaimana maklumat dalam perenggan pengenalan ini selari dengan maklumat yang diperoleh dalam tiga langkah sebelum ini. Guru boleh mengemukakan soalan untuk mendapatkan respon daripada pelajar. Contohnya, “Sekarang kita telah membaca perenggan pengenalan bab ini. Bolehkah ceritakan, bagaimana maklumat yang terdapat dalam perenggan pengenalan ini menyokong sebahagian daripada maklumat yang telah diperoleh semasa kita melakukan tinjauan bab ini?”

o   Perenggan Penutup
Biasanya perenggan penutup bagi bab dalam buku teks adalah ringkasan tentang isi kandungan bab tersebut. Dengan membaca ringkasan tersebut sebelum melakukan pembacaan bab sepenuhnya secara terperinci, pelajar akan memperoleh pengesahan tambahan tentang apa-apa yang diperoleh dalam semua langkah tinjauan sebelum ini.

o   Mengesan Idea Utama
Aukerman mencadangkan, selain langkah 4 dan 5, iaitu membaca dan berbincang tentang maklumat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup, seluruh kelas perlu berbincang dan membina sebuah penyataan yang ringkas dan padat untuk menggambarkan idea utama bab tersebut. Pernyataan tersebut perlu dilihat oleh semua pelajar, sama ada ditulis di papan putih atau ditayangkan melalui tranperensi. Melalui kemahiran ini, pelajar akan bersedia untuk membaca buku-buku teks mata pelajaran dengan lebih terperinci.

MASALAH 

Terdapat beberapa masalah dalam menyiapkan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar kami ini iaitu
  •      Sukar untuk mencari petikan yang mempunyai gambar visual yang berkaitan dan menarik
  •      Penggunaan kad bod yang tidak boleh lentur meyebabkan ia kelihatan besar.
  •      Kurang menarik
  •     Tidak mempunyai kesinambungan dengan BBM yang pertama


No comments:

Post a Comment