animasi bergerak gif

Sunday, 21 May 2017

TEKNIK MENERAP IMEJ


Bahan bantu mengajar yang kami hasilkan juga berpandukan teknik menerap imej. Menerap imej merupakan prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang dibaca sebagai cara untuk memepertingkatkan kefahaman. Dalam teknik yang kami gunakan terhadap bahan bantu mengajar ini juga memepunyai tiga perkara asas. Antaranya ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri. Perkara asas ini dapat diterjemahkan dalam beberapa langkah pelaksanaannya.


  • Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej.
 Melalui langkah ini, guru dikehendaki menjelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang meembantu pelajar memahami apa yang mereka baca. Seterusnya, guru perlu memaklum kepada pelajar untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang mereka baca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. Proses terakhir dalam langkah ini ialah guru perlu menunjukkan cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri.
  •  Guru memilih teks yang berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan.
Langkah ini memerlukan guru untuk membacakan teks tersebut dengan lantang.
  • memerlukan guru untuk menunjukkan cara penggunaan strategi kepada pelajar.
Teknik bersuara dan berfikir perlu dilakukan oleh guru, kemudiannya guru akan berkongsi pengetahuan sedia ada dan juga hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. 
  • Guru perlu membekalkan latihan berpandu dengan mengajak pelajar menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang berlangsung.
 Langkah ini menggalakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
  •    Sokongan ketika latihan kendiri.
 Langkah ini memerlukan pelajar untuk bekerja secara berpasangan dengan membaca teks secara senyap. Kemudian, pelajar diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej yang mereka bina ketika membaca dan juga unca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut secara bergilir.Persamaan dan perbezaan yang terdapat pada imej mental mereka akan dibicangkan dan guru perlu memberi sokongan dan bantuan dari masa ke masa agar pelajar dapat melaksanakan aktiviti tanpa adanya kebergantungan kepada guru.

  • Menyediakan latihan kendiri terpilih. 
Semasa langkah ini berlangsung, pelajar seharusnya sudah mempunyai kemahiran menggunakan teknik menerap imej ini dan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks-teks lain yang bersesuaian perlu disediakan oleh guru.

MASALAH 

Antara masalah yang timbul sewaktu pelaksanaan bahan bantu mengajar yang menggunakan teknik ini ialah bahan bantu mengajar ini agak kecil dan tidak sesuai digunakan dihadapan kelas sekiranya terdapat pelajar-pelajar di dalam kelas berada pada kedudukan belakang di dalam dalam kelas. Oleh yang demikian, tidak semua pelajar akan mendapat manfaat daripada penggunaan bahan bantu mengajar ini kerana hanya pelajar pada bahagian depan sahaja dapat menguasai sepenuhnya apa yang ingin kami tunjukkan.
Di samping itu, masalah lain yang kami dapati ialah bahan bahan bantu mengajar yang kami hasilkan adalah kurang sesuai jika dikomersialkan kerana ia kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan teknik-teknik lain. Bahan-bahan yang kami gunakan menyebabkan ia tidak mudah tahan lasak dan berkemungkinan hanya dapat digunakan dalam tempoh masa yang singkat jika tidak dijaga dengan rapi.
Kesimpulannya, masalah ini perlu diatasi bagi meningkatkan lagi kesan positif dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan teknik menerap imej. Bahan-bahan yang lebih berkualiti perlu digunakan dalam penghasilannya dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan perlulah menggunakan imej yang lebih jelas agar semua pelajar memperoleh input pengajaran yang ingin disampaikan melalui teknik ini.













No comments:

Post a Comment